Hero Image

Transforaminal Nerve Block

Prosedur suntikan transforaminal nerve root block adalah satu rawatan minimal invasif untuk melegakan saraf yang tersepit disebabkan oleh slipped disc. Ia adalah satu rawatan untuk mengawal kesakitan di saraf yang tersepit dan ditekan oleh disc. Pesakit biasanya mengeluh mengenai sakit di betis atau tumit kaki dan mengalami kekejangan semasa berjalan atau setelah baring dalam posisi yang tertentu.

2022-10-22%20-%20leakydisc

Siapa yang sesuai untuk rawatan ini?

Rawatan ini sesuai untuk pesakit yang mengalami slipped disc dan sentiasa mengalami sakit kaki dan kejang betis.

2022-10-17%20-%20Sciatica_or_Back_Pain_edit

Pesakit juga mungkin telah dinasihatkan oleh doktor yang pembedahan mungkin tidak sesuai atas beberapa sebab. Antara sebab yang diberikan adalah imbasan MRI yang tidak menunjukkan keadaan disc yang cedera sedikit dan rawatan pembedahan mungkin terlalu drastik. Anda mungkin menghidapi penyakit lain yang membuatkan rawatan pembedahan merbahaya untuk nyawa anda Atau anda mungkin belum bersedia untuk menjalani pembedahan.

Bagaimanakah rawatan ini dijalankan?

Rawatan suntikan transforaminal nerve blok ini dijalankan di bilik rawatan secara sedar diri. Pesakit akan baring meniarap di atas katil rawatan dan sinaran x-ray akan dilakukan untuk mencari tingkat vertebra dan saraf yang tersepit. Permukaan kulit akan dibersihkan sebelum suntikan bius setempat diberi di tempat yang dikenalpasti. Ubat anti-radang akan diberikan di sisi saraf yang tersepit dan suntikan akan mengurangkan radang dan bengkak. Pesakit boleh memberi maklum balas bahawa sakit di kaki telah hilang sebaik sahaja suntikan diberi.

2023-01-19%20-%20photo_output

Pakar bedah saraf yang berpengalaman boleh melakukan rawatan ini tempoh kurang dari 20 minit. Pesakit dapat memberi maklumbalas semasa perawatan dan boleh ke rumah pada hari yang sama.

Boleh saya bantu anda untuk tinggalkan sakit anda di klinik dan anda pulang dengan senyuman?

- Dr Nor Faizal A B

Other Related Posts: