Hero Image

Informasi Untuk Pesakit
Apa yang anda perlu lakukan sebelum prosedur saraf

Keselamatan dan kejayaan perawatan bermula dengan anda

Kejayaan rawatan penyakit saraf bermula dengan anda. Kerjasama antara pesakit dan pakar bedah saraf yang erat boleh mengurangkan risiko semasa pembedahan saraf atau perawatan sakit kronik disamping meningkatkan jangkaan kejayaan rawatan.

Semasa Perundingan

Anda perlu berkongsi maklumat penting berkaitan kesihatan anda semasa proses perundingan supaya semua risiko dapat diberi perhatian dengan baik. Antara maklumat yang penting adalah sejarah kesihatan seperti:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
  • Penyakit asma (Asthma)
  • Lain-lain sejarah kemasukan ke wad yang memerlukan rawatan

Anda juga perlu menyenaraikan ubat-ubatan yang anda makan dan senarai alahan yang boleh membawa risiko merbahaya semasa rawatan.

Sebelum Prosedur

Dr Faizal akan menyatakan sama ada perawatan anda akan berlangsung di bawah bius am, sedatif atau bius setempat.

Pastikan anda mendapat arahan yang jelas dari pakar bedah, pakar bius (sekiranya menggunakan bius setempat atau sedatif) dan jururawat yang bertugas.

Sila serahkan barang-barang berharga anda kepada waris sebelum anda di hantar ke bilik prosedur.

Anda adalah dinasihatkan untuk tidak membawa barang yang berharga semasa berada di wad sekiranya anda tidak memerlukan barangan tersebut.

Semasa Prosedur

Hampir keseluruhan prosedur perawatan sakit kronik yang dijalankan oleh Dr Nor Faizal menggunakan bius setempat dan sebahagian kecil memerlukan sedatif ataupun bius am.

Anda hanya perlu bertenang dan mendengar arahan dari Dr Nor Faizal, pakar bius (sekiranya ada) dan jururawat bilik bedah yang akan menjalankan tugasan.

Tempoh rawatan yang singkat (purata 20 minit) dan pemberian bius setempat membolehkan anda kembali ke rumah dalam tempoh yang singkat.

Selepas Prosedur

Dr Faizal akan memeriksa anda selepas perawatan untuk memastikan sakit anda berada di bawah kawalan dan memastikan lingkungan pergerakan anda bertambah selepas rawatan.

Anda akan dihantar kembali ke wad selepas pemerhatian dan anda boleh meneruskan rawatan susulan fisioterapi di wad ataupun di rumah.

Anda akan diberi tarikh untuk lawatan susulan ke klinik pakar dalam tempoh yang ditentukan bersesuaian dengan prosedur anda.

Ringkasan

journey title Peta Perjalanan Pesakit Semasa Rawatan Saraf section Semasa Perundingan Sejarah Perubatan dan Alahan: 4: Pesakit Pelan Rawatan: 7: Dr Faizal section Sebelum Rawatan Arahan Prosedur: 5: Dr Faizal Keselamatan Barang Berharga: 7: Pesakit section Semasa Rawatan Bertenang dan Kerjasama: 2: Pesakit section Selepas Rawatan Pulang ke ward dan fisioterapi: 5: Pesakit Rawatan Susulan: 5: Dr Faizal

Saya berdoa agar anda kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti seharian dan beramal dengan lebih baik selepas rawatan yang diberikan.

- Dr Nor Faizal A B