Hero Image

Anda ada sakit pinggang yang melarat?

Hampir semua orang akan merasa sakit belakang atau sakit pinggang dalam susur kehidupan. Permasalahan sakit belakang ini biasanya akan berakhir dengan sendiri atau memerlukan rawatan. Dalam nota ringkas ini kita akan berbincang tentang sakit belakang atau sakit pinggang yang melarat. Secara amnya, sakit belakang ini berkaitan rapat dengan umur pesakit. Ia adalah satu proses penuaan yang berhubung dengan struktur tulang belakang dan fungsi saraf. Semua perubahan ini berlaku dalam tempoh masa yang lama dan proses penuaan ini bermula apabila kita menempuh alam dewasa.

Apakah struktur tulang belakang yang terlibat?

Tulang belakang manusia boleh dibahagi kepada 4 bahagian utama iaitu

  • cervical
  • thoracic
  • lumbar
  • sacral

Dalam nota ringkas ini, saya akan berbincang mengenai tulang pinggang atau lumbar dan sacrum. Terdapat 4 struktur utama yang terlibat dalam sakit pinggang iaitu:

  • intervertebral disk
  • foramina and nerve root
  • facet joints
  • spinal canal

2022-06-29%20-%20photo_output

Model anatomi lumbar sacral dari pandangan sisi

Bagaimana kita boleh bezakan jenis kerosakan tulang belakang dengan jenis kesakitan?

Sakit Intervertebral disc Foramina & nerve root Facet joints Spinal canal
Umur 20 hingga 40 30 hingga lewat 40 40 hingga 60 60 ke atas
Gambaran kesakitan Sakit di pinggang semasa berdiri, berjalan atau duduk Sakit menjalar seperti renjatan elektrik dari punggung ke betis. Sakit menjalar seperti terbakar di pinggang, punggung dan paha. Tidak melebihi paras lutut. Sakit di kedua paha atau betis selepas berjalan dalam satu jarak yang hampir tetap.
Apa yang tidak boleh dilakukan oleh pesakit Tidak boleh berdiri, duduk atau berjalan yang lama. Tidak boleh duduk lama di kerusi. Tidak boleh berlunjur kaki. Tidak boleh duduk lama seperti bertahlil. Susah rukuk semasa solat. Tidak boleh berjalan jauh kerana sakit kaki.

Kecederaan dan kerosakan struktur-struktur tulang pinggang ini boleh menghasilkan sakit yang hampir sama dan pakar bedah anda boleh memastikan jenis penyakit berdasarkan sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan imbasan MRI atau CT.

2022-11-25%20-%20leakydisc

Gambaran disc terkoyak

Apa tindakan yang perlu dibuat?

Anda perlu berbincang dengan pakar untuk menentukan penyakit yang mana yang anda alami supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan. Antara rawatan yang boleh diberi adalah berehat untuk sementara waktu, suntikan ke rawan atau ke saraf yang tersepit, dan yang terakhir adalah pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf tunjang dan saraf periferal.

Other Related Posts: