Hero Image

Tuberculum Sella Meningioma

Berikut adalah video singkat menunjukkan kes pembedahan ketumbuhan selaput otak di antara 2 saraf mata. Ketumbuhan ini adalah sebahagian daripada keluarga meningioma dan ia dipanggil Tuberculum Sella Menigioma. Pesakit mengeluh fungsi mata yang semakin hilang. Mata kanan pesakit sudah tidak nampak dan mata kiri hanya nampak bayangan objek sahaja. Tujuan pembedahan adalah untuk mengeluarkan ketumbuhan yang menekan fungsi saraf mata dan memberi peluang kepada saraf mata kiri untuk pulih.

Video ini menunjukan lokasi ketumbuhan dan proses visualisasi untuk persiapan pembedahan yang kompleks dan berisiko ini. Pembedahan ini telah mengambil masa 3.5 jam menggunakan mikroskop kerana ketumbuhan ini telah membalut kedua salur darah utama ke otak dan menekan saraf mata di saluran saraf mata. Ketumbuhan ini telah berjaya dikeluarkan semuanya. Alhamdulillah pesakit telah pulang dari hospital pada hari ke-4 selepas operasi dan telah selamat pulang ke tanahair minggu berikutnya.